Showing posts with label Puisi. Show all posts
Showing posts with label Puisi. Show all posts

Sep 21, 2014

Pong Pang Bunyi Kompang!

Bahagia aku tak datang terhidang dalam dulang hantaran
berhiaskan bunga hutang

Ayah ibu kan bukan gembala?
dan aku bukan lembu
tak ada tindik tanda harga di telinga
dua belas ribu
serba satu

Sekolah tinggi-tinggi tapi jual ikut kati
ikut sedap hati
ikut sedap mulut
itulah nasib anak gadis
"Kita hantar belajar jauh,
belajar oversea
duit hantaran kenalah tinggi!"

Cincin risik macam resit
jadi bukti deposit
cukup bulan, cukup wang tinggal ambil

Direnjis-renjis dipilis
ditepungilah tawar
hai beras kunyit ditabur
disiram si air
...mata

Adat dibiar hidup
anak pilih mati
anak pilih lari
anak lebih rela jadi headline berita terkini.

ANAK DERHAKA
tu kata media
anak derita tak ada yang tahu
dek adat jadi belenggu
dek tradisi jadi tak menentu
mak bapak sibuk jaga muka
anak haru biru

Jiran kata mesti begini
Mak Cik kata harus begitu
anak sendiri kata apa semua buat tak tahu

Siapa yang nak kahwin
orang lain yang dijemput dulu
anak sendiri dibuat musuh

Mungkin sebab aku bukan kera di hutan
jadilah aku tak dikasi susu
aak aak uuk uuk.

Candu sekarang mahal bhai

Kamu itu candu
bertamu di lidah
tak lama bersinggah
Hijau hati ini terlalu dini
untuk keterburuanmu.

Kau aku cumbu dalam mimpi
Ujud nyatamu adalah aksara ya, tidak dan tapi
aku takkan dapat sanggup 
berlabuh di bayangmu yang tak pasti.

Kau yang pergi
bersinggah di sana dan di sini
di sini juga tapi tak lama
dan tak sama
dan tak ada namaku
di tenunan alas ranjangmu.

Aku ingin
aku mahu
aku tahu lengkung senyummu
Bersinggahlah lagi
di tempat rambut dan bahu bertemu
seperti malam tadi.